- Indikasi
-
Cara ubat bertindak
- Kesan Sampingan
- Langkah berjaga-jaga
Panduan Pengubatan Kendiri
Sila baca risalah ini sebelum mula menggunakan ubat anda. Rujuk kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan ubat anda.
1. Nama Generik atau Bahan Aktif:
Senna
2. Kegunaan:
Terdapat dalam bentuk ubat biji untuk merawat sembelit.
Ia meningkatkan pergerakkan otot usus, dan merangsangkan penyahtinjaan.
4. Jangan Ambil Ubat Ini Jika:
· Anda mempunyai alahan terhadap senna ataupun sebarang kandungan dalam ubat ini.
· Anda mengalami masalah usus tersumbat, radang usus eg Crohn’s Disease, masalah appendiks, loya dan muntah, sakit perut yang belum diketahui puncanya, ileostomi, kolostomi, atau pendarahan di dubur.
· Anda mengandung.
5. Sebelum Mengambil Ubat Ini:
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mempunyai alahan terhadap senna atau sebarang ubat lain.
· Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda baru menjalani pembedahan usus.
· Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda merancang untuk mengandung, atau sedang menyusukan anak.
· Sila dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan ubat ini untuk kanak-kanak.
6. Pengambilan Bersama Ubat Lain:
Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi jika anda sedang mengambil sebarang ubat, vitamin, produk herba atau makanan kesihatan tambahan kerana ia mungkin bertindakbalas dengan ubat ini.
7. Bagaimana Mengambil Ubat Ini:
Ikut arahan yang tertera pada label ubat anda. Rujuk ahli farmasi jika anda tidak faham atau memerlukan penerangan lanjut
a) Cara pengambilan
· Ambil ubat ini dengan segelas penuh air (250ml).
b) Masa pengambilan
· Paling baik digunakan sebelum tidur jika anda mengambil ubat ini hanya sekali sehari.
· Anda boleh mengambil ubat ini sebelum atau selepas makan.
· Ambil ubat ini selepas makan jika ia menyebabkan sakit perut.
c) Tempoh pengambilan
· Jangan guna ubat ini melebihi 1 minggu, kecuali atas nasihat doktor anda.
d) Jika anda terlupa untuk mengambil ubat ini:
Ambil dos tertinggal sebaik sahaja anda teringat. Abaikan dos tertinggal sekiranya masa pengambilan untuk dos seterusnya sudah hampir. Jangan gandakan dos anda.
8. Semasa Menggunakan Ubat Ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
· Minum air yang banyak.
· Hubungi doktor anda jika tiada pembuangan najis selepas 3 hari ataupun jika terdapat sakit perut yang berterusan.
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:
· Jangan menggunakan lebih daripada yang disyorkan oleh ahli farmasi atau doktor anda.
· Jangan menggunakan ubat sembelit lain semasa menggunakan senna.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
Penggunaan ubat sembelit yang berlebihan akan menyebabkan pergantungan kepada ubat sembelit untuk mengalami pembuangan air besar. Kes penggunaan yang terlampau serius akan menyebabkan kerosakkan kepada usus.
9. Kesan Sampingan:
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami:
· Perubahan warna air kencing
· Perut kejang
· Sakit perut
· Cirit-birit
· Mual
10.Penyimpanan dan Pelupusan:
- Simpan pada suhu bilik dan di tempat yang kering.
- Lindungi dari cahaya.
- Jauhkan dari kanak-kanak.
- Jangan gunakan ubat yang telah melebihi tarikh luput.
- Kembalikan ubat yang tidak digunakan atau sudah luput kepada farmasi yang berdekatan.
Sumber rujukan:
1. Website http://www.medicines.org.uk/EMC/medicine/21080/SPC/Ex-Lax+Senna+Pills/
2. Micromedex Healthcare Series 2.0
3. Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition
4. Malaysian Index of Medical Specialities 2011
British National Formulary Vol. 60