Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

CARI UBAT
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

📅
24 Oktober 2019
Indikasi

d Terdapat dalam bentuk ubat biji, cecair, atau suppositori untuk mengurangkan demam dan sebagai ubat tahan sakit.

Cara ubat bertindak

d Ia bertindak mengurangkan sakit dengan menghentikan pengeluaran beberapa bahan kimia dalam badan, dan mengawal demam melalui tindakan pada pusat kawalan suhu dalam otak.

Kesan Sampingan

d Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.

Kesan sampingan yang mungkin dialami:

  • Loya atau muntah
  • Ruam atau gatal kulit
  • Sakit kepala
  •  Masalah hati
Langkah berjaga-jaga

d Semasa Menggunakan Ubat Ini:

a)    Perkara yang perlu dilakukan:

  • Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor yang anda sedang menggunakan ubat paracetamol.
  • Maklumkan kepada ahli farmasi atau doctor anda sekiranya tanda-tanda sakit dan demam tidak sembuh atau menjadi lebih serius walaupun mengambil ubat paracetamol.
 

b)   Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:

  • Jangan telan ubat suppositori.
  • Jangan ambil lebih dari 4g paracetamol dalam tempoh masa 24 jam kerana ini boleh merosakkan hati anda.
  • Jangan ambil bersama ubat lain yang mengandungi paracetamol, seperti ubat selsema yang dibeli tanpa preskripsi.

Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman