Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

CARI UBAT
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

📅
24 Oktober 2019
Indikasi

d Dalam bentuk kapsul. Digunakan bersama dengan diet berkalori rendah dan senaman untuk membantu orang yang gemuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat yang telah berkurangan.

Cara ubat bertindak

d Orlistat bertindak dengan menghalang penyerapan sebahagian lemak dari makanan di dalam perut.

Kesan Sampingan

d 

Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.

 

Kesan sampingan yang mungkin dialami:

  • perubahan dalam tabiat tandas
  • tompok minyak pada pakaian dalam
  • najis yang lembik, berlemak dan berminyak
  • sakit atau ketidak selesaan pada dubur
  • haid yang luar biasa
  • sakit kepala
  • gelisah
  • ruam
  • loya atau muntah
  • sukar bernafas atau menelan
  • badan lemah

 

 

Langkah berjaga-jaga

d Semasa Menggunakan Ubat Ini: 

a)    Perkara yang perlu dilakukan:

  • Ikut diet pemakanan yang disyorkan oleh doktor anda. Jika mengambil orlistat dengan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi ( diet yang lebih daripada 30% kalori adalah daripada lemak), atau dengan satu sajian yang sangat tinggi kandungan lemak, anda mungkin akan mengalami kesan sampingan ubat ini.
  • Orlistat menghalang penyerapan vitamin yang larut lemak dan beta karoten. Semasa menggunakan orlistat, anda perlu mengambil ubat multivitamin yang mengandungi vitamin A, D, E, K dan beta karoten. Ambil multivitamin sekali sehari, 2 jam sebelum atau 2 jam selepas mengambil orlistat

b)   Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:

  • Jangan mula sebarang ubat preskripsi, ubat bukan preskripsi dan ubat tradisional semasa mengambil rawatan ini tanpa berbincang dengan ahli farmasi atau doktor anda.
  • Jangan berkongsi ubat ini dengan sesiapa.

Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.

 

 

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman