- Indikasi
-
Terdapat dalam bentuk ubat titis mata untuk melegakan kemerahan, iritasi, pedih dan kekeringan pada mata yang disebabkan oleh angin, cahaya matahari, atau bahan iritasi.
-
Cara ubat bertindak
-
Ia merupakan agen simpatomimetik yang bertindak pada salur darah (arteriol) dalam konjunktiva. Kesannya menyebabkan pengecutan salur darah (konstriksi) yang menghasilkan tindakan pantas untuk mengurangkan bengkak pada selaput mata.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
- Kesan sampingan yang mungkin dialami:
- Kesakitan pada mata atau perubahan penglihatan.
- Kemerahan dan kegatalan mata yang berterusan.
- Nadi yang cepat atau tidak rata.
- Anak mata membesar.
- Mata berair, bengkak, merah, atau pedih.
- Berasa lemah atau sakit kepala.
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa Menggunakan Ubat Ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mengalami kesakitan mata, sakit kepala, mata menjadi merah/gatal/bengkak, atau masalah penglihatan selepas menggunakan ubat ini. Dapatkan nasihat doktor sekiranya masalah mata anda tidak berkurangan 48 jam selepas mula menggunakan ubat ini.- Elakkan penghujung botol ubat titis mata daripada terkena mata anda atau permukaan lain.
- Jangan pakai kanta pelekap lembut semasa menggunakan ubat ini.
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:
- Jangan berkongsi ubat anda dengan sesiapa.
- Jangan memakai kanta pelekap lembut semasa menggunakan ubat ini.
- Elakkan penghujung botol ubat titis mata daripada terkena mata atau permukaan lain.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
Sumber rujukan:
- Holly Cronau, Ramana Reddy Kankala, Thomas Mauger. Diagnosis and Management of Red Eye in Primary Care.
- Micromedex Healthcare Series 2.0
- Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition
- Malaysian Index of Medical Specialities 2011
- British National Formulary Vol. 60