Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

CARI UBAT
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

📅
24 Oktober 2019
Indikasi

dTerdapat dalam bentuk ubat titis mata untuk melegakan kemerahan, iritasi, pedih dan kekeringan pada mata yang disebabkan oleh angin, cahaya matahari, atau bahan iritasi.

Cara ubat bertindak

dIa merupakan agen simpatomimetik yang bertindak pada salur darah (arteriol) dalam konjunktiva. Kesannya menyebabkan pengecutan salur darah (konstriksi) yang menghasilkan tindakan pantas untuk mengurangkan bengkak pada selaput mata.

Kesan Sampingan

dAnda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.

Kesan sampingan yang mungkin dialami:

  • Kesakitan pada mata atau perubahan penglihatan
  • Kemerahan dan kegatalan mata yang berterusan
  • Nadi yang cepat atau tidak rata 
  • Anak mata membesar
  • Mata berair, bengkak, merah atau pedih 
  • Berasa lemah atau sakit kepala
Langkah berjaga-jaga

dJangan Guna Ubat Ini Jika:

Anda mempunyai alahan terhadap antazoline, naphazoline, atau kandungan lain produk ini. Anda mempunyai penyakit mata lain (narrow-angle glaucoma), tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah tiroid, penyakit jantung, atau lelah. Anda memakai kanta pelekap jenis lembut. Anda mengandung. Pesakit adalah kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun.

 

Semasa Menggunakan Ubat Ini:

a)    Perkara yang perlu dilakukan:

Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mengalami kesakitan mata, sakit kepala, mata menjadi merah/gatal/bengkak, atau masalah penglihatan selepas menggunakan ubat ini. Dapatkan nasihat doktor sekiranya masalah mata anda tidak berkurangan 48 jam selepas mula menggunakan ubat ini.

 

Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.

  • Elakkan penghujung botol ubat titis mata daripada terkena mata anda atau permukaan lain.
  • Jangan pakai kanta pelekap lembut semasa menggunakan ubat ini.

b)   Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:

Jangan berkongsi ubat anda dengan sesiapa.

Sumber rujukan:

  1. Holly Cronau, Ramana Reddy Kankala, Thomas Mauger. Diagnosis and Management of Red Eye in Primary Care.
  2. Micromedex Healthcare Series 2.0
  3. Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition
  4. Malaysian Index of Medical Specialities 2011
  5. British National Formulary Vol. 60

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman