Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

Maklumat Isu Kesihatan

CARI ISU KESIHATAN
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

Pengenalan

Asma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10 -14 % kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak.

Serangan asma boleh tergolong kepada serangan yang tidak serius, sederhana hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. Serangan asma adalah sebab utama/punca kanak-kanak dimasukkan ke hospital.

Asma terjadi kepada kanak-kanak sama ada mereka mempunyai sejarah asma dikalangan ahli keluarga ataupun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti ekzema, allergic rhinitis dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma.

 

Apakah itu asma?

Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi:

  • Merah.
  • Bengkak.
  • Menghasilkan lendir berlebihan.
  • Mudah terangsang (hypersensitive).

Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas.

Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.

 

Apakah faktor pencetus?

Ada beberapa faktor pencetus yang menyebabkan gejala asma. Ada faktor pencetus yang biasa kepada semua pengidap asma, manakala ada antaranya bergantung kepada individu tersebut. Antara faktor pencetus asma adalah:

  • Jangkitan virus pada sistem pernafasan.
  • Merokok.
  • Perubahan cuaca.
  • Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
  • Senaman.
  • Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
  • Makanan dan perasa tambahan makanan.
  • Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer).
  • Emosi.
  • Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas).

 

Apakah gejala asma?

Gejala utama adalah:

  • Batuk.
  • Batuk di waktu malam (waktu tidur).
  • Rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel).
  • Susah bernafas.

 

Apakah tanda-tanda asma?

  • Sebahagian dari kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan asma.
  • Dada berbentuk dada burung (Barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan baik.
  • Adanya tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergic rhinitis) juga menyokong diagnosa asma.

Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu serangan asma. Kanak-kanak mungkin mengalami:

  • Nafas berbunyi (Audible wheeze).
  • Susah untuk menghembus nafas (breath out).
  • Nafas laju.
  • Denyutan jantung cepat.

Serangan yang teruk menyebabkan kanak-kanak :

  • Kelihatan gelisah.
  • Letih lesu.
  • Bimbang.
  • Kulit berpeluh dan sejuk.
  • Warna kebiruan pada bibir dan kuku.
  • Penurunan pada bacaan peak flow berbanding kadar bacaan peak flow terbaik individu tersebut (predicted value or personal best).

Sasaran rawatan

  • Untuk menghilangkan dan mengawal gejala asma.
  • Mengelak serangan asma.
  • Mempunyai kualiti hidup yang baik.
  • Berupaya menyertai acara sukan.
  • Menghalang kemusnahan tisu paru-paru.
  • Mengelakkan kematian.

 

 

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini

Apakah jenis rawatan asma?

Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal asma?

Bolehkah asma disembuhkan?

Kumpulan Sokongan

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman