Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

Maklumat Isu Kesihatan

CARI ISU KESIHATAN
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

 

Apakah Aneurysm Otak?

Aneurysm Otak adalah pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak. Ia terjadi kerana terdapat bahagian pada dinding salur darah tertentu yang lemah.

Kadang kala Aneurysm Otak boleh pecah dan menyebabkan pembentukan darah beku di dalam otak. Kerosakan otak dan kematian boleh berlaku bergantung kepada kepada tahap keterukan darah beku tersebut.

Salur darah yang terlibat biasanya terletak pada bahagian pangkal otak yang dinamakan ‘Circle of Willis

 

Aneurysm Otak dan lokasi di mana ia biasa terjadi
Sumber: MedicineNet.com

 

Apakah yang menyebabkan Aneurysm Otak?

Seseorang boleh mendapat Aneurysm Otak kerana faktor genetik atau kerana salur darah yang bertukar menjadi keras (atherosclerosis) dan faktor usia

Faktor-faktor yang berikut boleh meningkatkan risiko untuk mendapat Aneurysm Otak:

  • Faktor keturunan: Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai Aneurysm Otak berkemungkinan untuk mendapat Aneurysm Otak
  • Pernah mempunyai Aneurysm Otak: Berkemungkinan besar  mempunyai Aneurysm di lokasi yang berbeza
  • Jantina: Perempuan lebih berisiko untuk mendapat Aneurysm Otak dan pendarahan dalam otak
  • Darah tinggi: Risiko untuk mendapat pendarahan dalam otak lebih tinggi untuk mereka yang mempunyai darah tinggi
  • Merokok: Merokok boleh meningkatkan risiko untuk Aneurysm Otak pecah

 

Apakah simptom-simptom Aneurysm Otak?

Kebanyakan Aneurysm Otak tidak mempunyai simptom dan ditemui secara tidak sengaja semasa menjalani pemeriksaan untuk penyakit lain.

Simptom selalunya terjadi apabila Aneurysm Otak pecah dan menyebabkan pendarahan dalam otak (stroke). Simptom-simptom tersebut adalah:

  • Sakit kepala teruk yang berlaku secara tiba-tiba dan berbeza dari sakit kepala biasa
  • Lemah atau lumpuh sebahagian dari anggota badan
  • Kesukaran untuk bercakap atau memahami percakapan
  • Sakit leher yang teruk dan berterusan
  • Loya dan mutah yag berterusan
  • Sangat sensitif terhadap cahaya
  • Pengsan/ tidak sedarkan diri
  • Sawan

Apabila Aneurysm Otak pecah, risiko utuk kematian adalah sebanyak 30-40%. Risiko mengalami kerosakan otak yang sederhana kepada teruk adalah sebanyak 20-35% jika Aneurysm Otak tidak dirawat. Sebanyak 15- 30% lagi hanya mengalami kerosakan otak yang ringan. Jika aneurysm tidak dirawat dengan cepat, terdapat juga risiko untuk pendarahan berlaku semua.

 

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini

Apakah simptom-simptom Aneurysm Otak yang tidak pecah?

Apakah risiko untuk aneurysm untuk pecah/berdarah?

Apakah yang menyebabkan aneurysm itu pecah dan menyebabkan pendarahan dalam otak?

Bagaimakah Aneurysm Otak disahkan?

Apakah jenis rawatan yang boleh dilakukan?

Apakah prognosis pesakit yang mempunyai Aneurysm Otak?

 

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman