Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

Maklumat Isu Kesihatan

CARI ISU KESIHATAN
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

Pengenalan

Anemia adalah masalah darah yang paling sering dijumpai. Ianya melibatkan satu perempat dari seluruh penduduk di dunia. Anemia kerana kekurangan zat besi di alami oleh hampir 1 bilion orang. Ianya lebih kerap di alami oleh wanita, kanak-kanak, wanita yang mengandung dan orang tua.Anemia boleh menyebabkan peningkatan kos perawatan dan menurunkan tahap ekonomi seseorang kerana sentiasa letih dan tidak bermaya untuk bekerja.

Apa itu Anemia?

Anemia adalah keadaan di mana berlakunya kekurangan jumlah sel darah merah atau paras haemoglobin di dalam darah. Bila seseorang itu mengalami anemia, darah beliau tidak mampu membekalkan oxygen untuk keperluan diri sendiri.

Paras hemoglobin yang normal di kalangan lelaki adalah di antara 13-14 g/dl, manakala wanita antara 12-13g/dl.

Tanda dan Gejala Anemia

Bila keadaan anemia itu kronik, gejala-gejala mungkin tidak berapa jelas dan sukar di kesan. Tanda tanda dan gejala-gejala boleh jadi berkaitan dengan keadaan-keadaan yang menyebabkan anemia itu sendiri. Pesakit mungkin merasa letih dan lemah, kurang tumpuan perhatian, berdebar- debar atau sukar bernafas. Anemia yang akut mempunyai gejala yang lebih jelas termasuk kekeliruan, rasa tidak sihat dan berasa dahaga. Sebelum tanda-tanda anemia menjadi nyata, penurunan paras hemoglobin mesti ketara dulu. Pesakit mungkin nampak pucat, kuku yang melengkung (koilonychias), jaundis (perpecahan sel darah merah), muka talasemia dan pembentukan tulang yang luarbiasa (talasemia major) atau ulser kaki (anemia ‘sickle cell’). Dalam keadaan anemia yang teruk, mungkin terdapat tanda-tanda pengaliran darah yang laju; jantung yang berdenyut laju, nadi yang kuat dan kegagalan jantung dengan saiz yang besar.

Kanak-kanak yang mengidap anemia mungkin menunjukan kelakuan yang pelik dan tidak mampu belajar dengan baik.

Penyebab-penyebab Anemia

Secara umumnya, anemia dapat dibahagikan kepada empat kumpulan utama, iaitu:

  1. Gangguan pembentukan sel darah merah
  2. Perpecahan sel sel darah merah
  3. Pendarahan
  4. Cecair yang berlebihan dalam badan

 

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman