- Indikasi
-
Terdapat dalam bentuk ubat biji untuk mencairkan kahak dalam rawatan masalah batuk dengan penghasilan kahak berlebihan.
-
Cara ubat bertindak
-
Ia membantu mekanisma semulajadi badan untuk mengeluarkan kahak yang berlebihan dari salur pernafasan.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami:- Ketidakselesaan perut
- Cirit-birit
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa menggunakan ubat ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
- Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi yang anda sedang menggunakan ubat ambroxol.
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat lain pada masa yang sama.
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mendapat sebarang kesan sampingan terhadap ubat ini.
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:- Jangan kongsi ubat anda dengan orang lain, walaupun mereka mungkin menghadapi masalah kesihatan yang sama.
- Jangan ubah dos ubat anda tanpa nasihat ahli farmasi atau doktor, dan jangan melebihi dos harian.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
Sumber rujukan:
1. Micromedex Healthcare Series 2.0
2. Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition
3. Malaysian Index of Medical Specialities 2011
4. British National Formulary Vol. 60