- Indikasi
-
Terdapat dalam bentuk larutan untuk mencuci dan merawat luka atau luka terbakar.
-
Cara ubat bertindak
-
Bertindak membunuh banyak jenis mikroorganisma termasuk bakteria.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami:
- Iritasi pada kulit
- Kulit menjadi kemerahan
- Ruam dan reaksi kulit lain (seperti dermatitis)
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa menggunakan ubat ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
Maklumkan pada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mempunyai sebarang alahan terhadap ubat ini.b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:
- Pastikan cecair ubat ini tidak termasuk ke dalam mata, telinga atau mulut anda.
- Jangan gunakan pada bahagian badan yang berambut.
- Jangan berkongsi ubat ini dengan orang lain atau memasukkan ubat ini ke dalam telinga.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
1. Micromedex Healthcare Series 2.0
2. Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition
3. Malaysian Index of Medical Specialities 2011
4. British National Formulary Vol.60