Pengurusan Ubat Inslin Sepanjang Penerbangan ke Tanah Suci
Sepanjang penerbangan ke Tanah Suci, jangan lupa suntik insulin mengikut dos yang ditetapkan.
Sepanjang penerbangan ke Tanah Suci, jangan lupa suntik insulin mengikut dos yang ditetapkan.
Bawa insulin yang akan digunakan semasa penerbangan dalam bagasi tangan, manakala insulin yang belum dibuka pula perlu dibawa dalam beg sejuk dan disimpan bersama-sama beg yang didaftar masuk.
Muat turun infografik:
https://knowyourmedicine.gov.my/sites/default/files/2023-05/2204%2035.JPG
Sepanjang penerbangan, pastikan anda mengambil ubat-ubatan mengikut kekerapan dan dos yang betul. Jangan lupa ambil ubat walaupun sedang melakukan ibadah.
Muat turun infografik:
https://knowyourmedicine.gov.my/sites/default/files/2023-05/2204%2034.JPG
Ubat-ubatan yang perlu disimpan pada suhu yang rendah (contohnya seperti insulin yang belum dibuka) boleh dibawa dalam beg sejuk yang dilengkapi dengan pek ais.
Muat turun infografik:
https://knowyourmedicine.gov.my/sites/default/files/2023-05/2204%2033.JPG
Bawa ubat cecair dalam plastik lutsinar. Ubat ini tidak boleh melebihi 100 ml bagi setiap bekas yang dibawa.
Muat turun infografik:
https://knowyourmedicine.gov.my/sites/default/files/2023-05/2204%2032.JPG
Bawa ubat yang perlu digunakan sepanjang perjalanan dalam bagasi tangan (hand luggage), manakala selebihnya perlu dibawa dalam bagasi yang didaftar masuk (check-in baggage).
Muat turun infografik:
https://knowyourmedicine.gov.my/sites/default/files/2023-05/2204%2031.JPG
Pastikan bekalan ubat-ubatan yang dibawa adalah mencukupi sepanjang perjalanan haji sehinggalah pulang semula ke Malaysia.
Muat turun infografik:
https://knowyourmedicine.gov.my/sites/default/files/2023-05/2204%2030.JPG
Selain ubat-ubatan, jangan lupa bawa bersama-sama Buku Rekod Rawatan, preskripsi atau sebarang dokumen berkaitan ubat anda ketika mengerjakan ibadah haji.
Muat turun infografik:
https://knowyourmedicine.gov.my/sites/default/files/2023-05/2204%2029.JPG
Maklumat pada label ubat adalah penting untuk rujukan pesakit, petugas kesihatan serta petugas kastam.
Muat turun infografik:
https://knowyourmedicine.gov.my/sites/default/files/2023-05/2204%2028.JPG
Bawa dua jenis ubat-ubatan yang penting ketika mengerjakan ibadah haji. Pertama, ubat untuk rawatan penyakit kronik seperti ubat antidiabetes atau ubat asma. Kedua, ubat am untuk sakit ringan seperti ubat demam atau ubat selesema.
Muat turun infografik:
https://knowyourmedicine.gov.my/sites/default/files/2023-05/2204%2027.JPG