Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

12 Mei 2019

Bulan Ramadan merupakan bulan kesembilan dalam kalendar tahun Hijrah. Pada bulan yang mulia ini, semua Muslim yang berkemampuan diwajib untuk menunaikan ibadat puasa mengikut syarat-syarat yang digariskan dalam syariat Islam.   Ibadat puasa bagi umat Islam diertikan sebagai menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Secara purata, umat Islam di Malaysia akan berpuasa hampir 14 jam sehari. 
 
Rukhsah Dalam Ibadat Puasa 
 
Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang Muslim tidak mampu berpuasa, terdapat rukhsah iaitu kelonggaran terhadap ketetapan hukum syarak dalam menjalankan ibadat ini. Namun, kewajiban menggantikan puasa yang ditinggalkan itu (qada) perlu dibuat pada bulan-bulan yang lain.   Ini dinyatakan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: “(Puasa) itu adalah bilangan hari-hari yang tertentu. Siapa dari kalangan kalian yang sakit ataupun dalam keadaan bermusafir maka gantikanlah ia (puasa) pada hari yang lain.” Surah alBaqarah: ayat 184.   Kategori pesakit yang diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa adalah apabila seseorang pesakit itu berpuasa boleh menyebabkan penyakitnya semakin sukar untuk pulih dan bertambah mudarat. Sebagai contoh, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gula dalam darahnya. 
 
Oleh itu, pendidikan kesihatan juga adalah satu inisiatif positif yang dapat membantu pesakit diabetes untuk menjalani ibadat puasa dengan selamat. Bagi pesakit yang berisiko tinggi mengalami hipoglisemia, pengubahsuaian pengambilan ubat-ubatan mungkin perlu dilakukan.    Risiko Hipoglisemia   Antara gejala yang kerap dialami oleh pesakit kencing manis yang berpuasa pada bulan Ramadan adalah hipoglisemia, iaitu paras gula yang terlalu rendah dalam darah. Tanda-tanda hipoglisemia yang perlu diberi perhatian adalah:

● Pucat
● Berdebar-debar
● Lemah
● Menggigil/ menggeletar
● Berpeluh
● Pening
● Penglihatan kabur
● Koma (tidak sedar diri)

 
Panduan Umum Kepada Pesakit  
 
Secara umum, pengambilan ubat-ubatan oleh sesetengah pesakit yang berpuasa akan berlaku sedikit perubahan dari segi waktu makan, dos dan frekuensi. Waktu pengambilan ubat perlu disesuaikan dengan waktu sahur dan waktu berbuka. Bagi sesetengah pesakit diabetes, perubahan dos dan frekuensi ubat yang tidak mengikut kesesuaian pesakit akan meningkatkan risiko berlakunya komplikasi yang tidak diingini.   Oleh itu, amat penting bagi seseorang pesakit untuk merujuk pengamal perubatan sebelum membuat sebarang perubahan dalam pengambilan ubat-ubatan. Berikut adalah beberapa panduan umum yang boleh membantu pesakit menjelang bulan Ramadan: 
 
● Mematuhi jadual janji temu doktor yang telah ditetapkan. Ujian darah yang  dijalankan dapat menggambarkan tahap kesihatan pesakit yang terkini.
● Mendapatkan nasihat daripada doktor berkaitan keperluan pengubahsuaian dos ubat pada bulan Ramadan.
● Mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli farmasi berkaitan jadual  pengambilan ubat sepanjang bulan Ramadan.
● Mengatur menu pemakanan yang sihat bagi mengekalkan keseimbangan nutrisi  mengikut saranan ahli profesional kesihatan.    

Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang juga perlu dititikberatkan oleh pesakit semasa waktu sahur dan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan. Lewatkan sahur dan awalkan berbuka adalah sunnah Rasulullah SAW yang amat relevan. Amalan kesederhanaan dalam pemakanan juga amat digalakkan. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan garam. 
 
Peranan Ahli Keluarga   Pesakit harus dapatkan nasihat pengamal perubatan untuk mengetahui risiko hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi, cara mengoptimakan rawatan, perubahan cara makan ubat atau dos ubat dan cara pemakanan yang betul pada bulan Ramadan. 
 
Sebagai rumusan, kefahaman seorang pesakit untuk menjalankan ibadat puasa pada bulan Ramadan adalah penting sebagai langkah persiapan diri. Ahli keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam memantau keadaan pesakit yang sedang berpuasa.  
 
Risiko seperti tiba-tiba pitam dan tidak sedarkan diri dalam kalangan pesakit boleh mengancam nyawa sekiranya tidak diberikan bantuan kecemasan dengan segera. Selain membantu pesakit mengekalkan kesihatan, manfaat beribadat secara optimum juga boleh dicapai.   
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre NPCC) melalui talian 1800-88-6722, Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum. Selamat menunaikan ibadat puasa bagi semua muslim di Malaysia.

 

 

 

ARTIKEL

         

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman