Aduan Produk

Anda boleh dapatkan borang Aduan Ubat di sini
 

Ubat tidak berkesan?
Produk tidak berkualiti?
Mengalami kesan sampingan ubat?
Produk tidak berdaftar?

Laporkan kepada BPFK!
Laporan anda akan menjadi maklumat yang amat berguna untuk BPFK dan Jawatankuasa Pemantauan Kesan Advers Ubat (MADRAC) yang memantau kesan advers ubat (ADR) bagi ubat yang telah didaftarkan dan berada di pasaran. Ini akan membantu mereka mengesan pola ADR dan mengambil tindakan yang diperlukan sepeti menarik balik atau menghentikan produk daripada pasaran. Anda dapat menyumbang kepada kesihatan masyarakat dengan menjadi pengguna yang bertanggungjawab.

Kami mencadangkan anda supaya mebawa borang aduan kepada ahli farmasi atau doktor anda. Mereka boleh membantu memberi maklumat rawatan berdasarkan aduan tersebut sekiranya perlu. Anda juga boleh mengisi sendiri borang aduan dan menyerahkannya secara atas talian atau pos.

Anda boleh muat turun borang di sini atau dapatkan maklumat lanjut di laman web BPFK

Untuk pertanyaan lanjut tentang aduan berkenaan produk perubatan sila hubungi:

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Jalan Universiti, Peti Surat 319
46730 Petaling Jaya,
Selangor

Tel: 03 78835462
Fax; 03 79567151
Email: norleen@bpfk.gov.my