Apa itu 5B?

1

Pengguna yang betul          

 

  • Pastikan label ubat tertulis nama pesakit.
  • Jangan berkongsi ubat anda. 
  • Jauhi ubat daripada kanak-kanak.
  • Asingkan ubat untuk haiwan pemeliharan daripada ubat manusia.

2

Ubat yang Betul

 

  • Baca label ubat untuk memastikan ubat yang diambil adalah betul.
  • Jika nama ubat yang diterima lain daripada yang biasa, sila tanya doktor /ahli farmasi anda
  • Apabila menerima baki ubat, pastikan ubat yang sama diterima. Jika ianya berbeza, tanyalah sama ada ianya ubat sama tetapi lain jenama.
  • Pakailah cermin mata dan nyalakan lampu untuk membaca label ubat.
  • Untuk ubat am (OTC) atau supplement, sila baca carta kandungan ubat.
  • Pastikan anda tahu nama-nama ubat yang dipreskripsikan. 
  • Pastikan anda mengetahui kegunaan ubat yang anda sedang mengambil. 

3

 Dos yang Betul

 

  • Baca arahan pada label ubat.
  • Pastikan anda mengetahui berapa sukatan / dos yang harus diambil setiap hari.
  • Pastikan anda mengetahui tempoh pengambilan ubat.
  • Gunakan sudu bersukat untuk ubat minum jika sudu tersebut dibekalkan.
  • Gandaan atau pengurangan dos ubat tanpa nasihat pengamal kesihatan adalah tidak digalakkan. 

4

Cara Pengambilan Ubat yang Betul

 

  • Baca arahan pengambilan pada label ubat.
  • Pastikan anda mengetahui cara pengambilan ubat yang betul. 
  • Bukan semua ubat tablet harus ditelan. Sesetengah ubat tablet perlu dikunyah, dihaluskan atau dilarut dalam air sebelum makan. Bertanyalah kepada ahli farmasi cara terbaik untuk mengambil ubat anda.

5

 Masa Pengambilan Ubat yang Betul

 

  • Baca arahan pada label ubat.
  • Pastikan anda mengambil ubat ikut masa yang ditetapkan. 
  • Ubat harus diambil pada masa yang sama setiap hari.
  • Ambil tahu samada ubat anda boleh diambil bersama ubat atau makanan lain.
  • Ambil tahu apa yang harus dilakukan jikalau tertinggal dos.