Dermatitis Kontak

Penyakit

Title: Dermatitis Kontak
Date: 
16 Mar 2017

Definasi

Ianya merupakan inflamasi (radang) pada kulit yang disebabkan oleh hapten (alergen – dermatitis kontak alergi) atau faktor-faktor iritasi (dermatitis kontak iritasi) di persekitaran. Reaksi kulit dikesan sebagai ekzema atau dermatitis.

Gambar 1: Dermatitis kontak disebabkan oleh nickel dalam jam tangan

Apakah bahan-bahan alergen yang biasa menyebabkan dermatitis?

Hapten (alergen) yang kebiasaannya menyebabkan inflamasi pada kulit seperti tersenarai:

  • Bahan kimia atau bahan getah campuran dalam sarung tangan,  alat pemegang bergetah pada peralatan, peralatan senaman atau basikal / motosikal.
  • Minyak wangi dalam cecair wangian, deodoran, syampu, sabun atau losyen dan kosmetik.
  • Pelbagai jenis ubat sapu tradisional
  • Barang-barang yang mengandungi nickel seperti barang perhiasan contoh: keronsang atau rantai leher, jam tangan, butang seluar jean, kepala tali pinggang dan cermin mata.
  • Pelbagai jenis bahan kimia dari industri di tempat kerja.

Apakah faktor-faktor iritasi yang biasa menyebabkan dermatitis?

Faktor-faktor tersebut seperti tersenarai:

  • Detergen dalam sabun basuh, cecair pencuci pinggan mangkuk atau lantai
  • Pelarut
  • Faktor-faktor fizikal seperti haba, geseran, tekanan yang berulang kali,  humiditi yang rendah atau tinggi contoh: pekerjaan yang sentiasa basah.

Apakah gejala-gejala dermatitis yang biasa dilihat?

  • Kawasan yang terlibat bergantung pada kawasan yang mengenai bahan.Kebiasaannya melibatkan tangan, lengan, muka dan kaki.
  • Pada peringkat awal (akut), kebiasaannya gatal, timbul ruam-ruam merah atau gelembung-gelembung cecair. Gelembung-gelembung cecair akan pecah dan menyebabkan kulit berair atau berkeruping.
  • Pada peringkat selanjutnya (kronik), kebiasaannya gatal, warna kulit menjadi lebih gelap samada coklat tua atau kehitaman, kulit menebal dan bersisik sedikit.

Rawatan

  • Rawatan utama adalah untuk elakkan dari terdedah kepada alergen atau faktor yang  menyebabkan iritasi. Patch test boleh dijalankan untuk mengenalpasti alergen.

 

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini