Minggu Keselamatan Pengubatan Peringkat Hospital Rompin (PAHANG)

Event date: 26 Feb 2018 to 26 Feb 2018
  *Tentative date
   
Title of event:
Minggu Keselamatan Pengubatan Peringkat Hospital Rompin (PAHANG)
Organizer: Unit Farmasi, Hospital Rompin

Venue:

Hospital Rompin
Representative: Pegawai Farmasi dan Duta Kenali Ubat Anda Hospital Rompin
Secretariat:
E-mail:
Event URL:
Remarks & Theme:
Description:

Sepanjang Minggu Keselamatan Pengubatan Peringkat Hospital Rompin ini, beberapa program menarik akan diadakan, seperti Pameran Kenali Ubat Anda dan sesi Duta Prihatin Masyarakat ke rumah-rumah pesakit sekitar Kuala Rompin.

Pelbagai bahan dan aktiviti menarik akan disediakan oleh Unit Farmasi, Hospital Rompin pada pameran itu nanti, seperti:

1.     Pameran penggunaan ubat secara berkualiti - pengguna (PUB-P);

2.     Contoh ubat-ubat tidak berdaftar dan dicampur palsu;

3.     Sesi soal jawab dan kaunseling ubat-ubatan dengan pegawai farmasi;

4.     Kuiz dan permainan dengan hadiah-hadiah yang menarik;

5.     Penampilan istimewa maskot Kenali Ubat Anda.

Sesi Duta Prihatin Masyarakat akan dijalankan ke beberapa rumah pesakit kronik. Duta Hospital Rompin, En. Mohd Hafiz bin Bakar dan En. Mohd Faizal bersama-sama Pegawai Farmasi akan meluang masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti:

1.     pemeriksaan kaedah penyimpanan ubat pesakit di rumah;

2.     penilaian tahap komplians pesakit terhadap rawatan ubat-ubatan;

3.     memberi kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit;

4.     mempromosi perkhidmatan tambah nilai farmasi kepada pesakit.