Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

CARI UBAT
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

📅
24 Disember 2019
Indikasi

d Terdapat dalam bentuk ubat semburan hidung untuk merawatalahan hidung dan resdung. 

Cara ubat bertindak

d Ia adalah ubat jenis kortikosteroid yang membantu mengurangkan keradangan dalam hidung.

Kesan Sampingan

d Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.

Kesan sampingan yang mungkin dialami:

  • Pening atau sakit kepala
  • Pendarahan dalam hidung
  • Batuk
  • Loya dan muntah
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
Langkah berjaga-jaga

d Semasa Menggunakan Ubat Ini: 

a)    Perkara yang perlu dilakukan:

  • Jauhkan diri anda daripada orang yang sakit terutamanya individu yang mengalami cacar air atau campak.
  • Anda perlu sentiasa menjaga kebersihan dan kerap membasuh tangan. Anda perlu membasuh alat semburan hidung ini seminggu sekali.
  • Penutup dan penyembur perlu dibuka dan direndamkan dalam air suam. Biarkan kering pada suhu bilik dan pasangkan ia kembali kepada bentuk asal.
  • Jika penyembur tersumbat, rendamkan ia dalam air suam dan bilas dengan air sejuk beberapa kali. Dilarang menggunakan pin atau objek tajam untuk membuang bahan yang menyebabkan penyembur tersumbat. Ini akan menyebabkan penyembur mudah rosak dan tidak berfungsi dengan baik.

 

b)   Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:

  • Jangan ambil dos melebihi atau kurang daripada yang telah diarahkan oleh doktor anda.
  • Jangan telan ubat semburan ini dan elakkan dari menyembur ke dalam mata atau mulut anda.
  • Jangan benarkan orang lain untuk menggunakan ubat anda.

Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta. 

 

Sumber rujukan: 

1.    Laman web: www.patient.co.uk/medicine/Fluticasone-nasal-preparations.htm

2.    Micromedex Healthcare Series 2.0

3.    Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition

4.    Malaysian Index of Medical Specialities 2011

5.    British National Formulary Vol. 60

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman