- Indikasi
-
Ubat ini boleh didapati di dalam bentuk tablet untuk merawat ulser perut, gastroesophageal reflux disease (GERD), merawat dan mencegah pedih ulu hati dan penyakit yang menyebabkan perut mengeluarkan asid dengan banyak seperti sindrom Zollinger-Ellison.
-
Cara ubat bertindak
-
Ubat ini bertindak dengan mengurangkan pengeluaran asid di dalam perut.
- Kesan Sampingan
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa Menggunakan Ubat Ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
- Elakkan pengambilan kopi atau ubat aspirin berlebihan semasa mengambil ubat ini.
- Elakkan merokok semasa mengambil ubat ini.
- Sekiranya kesakitan perut berterusan, maklumkan kepada doktor anda.
- Sekiranya simptom berterusan lebih dari 5 hari atau simptom sakit tersebut muncul selepas 2 minggu dari tempoh tamat mengambil ubat, maklumkan kepada doktor anda.
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:
- Jangan ambil ubat antasid dalam tempoh 1 jam sebelum atau selepas mengambil ubat ini
- Jangan berhenti mengambil ubat atau menukar dos ubat tanpa mendapatkan nasihat dari ahli farmasi atau doktor terlebih dahulu.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
Sumber rujukan:
1. Micromedex Healthcare Series 2.0
2. Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition
3. Malaysian Index of Medical Specialities 2011
4. British National Formulary Vol. 60