Vitiligo (Sopak)

Penyakit

Title: Vitiligo (Sopak)
Date: 
30 Mar 2017

 

Apakah Vitiligo?

Vitiligo atau sopak adalah penyakit kulit yang dihidapi oleh 0.5 hingga 2 peratus penduduk dunia. Ia merupakan masalah pigmentasi kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih di bahagian badan dengan sebaran secara simetri pada kulit manusia.

Satu per dua (1/2) pesakit menghidapi penyakit ini sebelum berumur 20 tahun dan satu pertiga (1/3) pesakit mempunyai sejarah keluarga yang positif. Vitiligo dikaitkan dengan penyakit autoimun seperti diabetes mellitus, tiroid, pernicious anemia dan penyakit Addison.

Terdapat lima (5) jenis vitiligo:

  • Umum (Generalized)
  • Setempat (Local)
  • Bersegmen (Segmental)
  • Acrofacial
  • Umum (Universal)

Vitiligo umum atau vitiligo vulgaris adalah jenis vitiligo yang paling kerap berlaku. Diagnosa penyakit kebiasaannya dibuat secara klinikal. Namun begitu, biopsi kulit (pemeriksaan cebisan kulit) boleh membantu dalam sesetengah kes untuk mendapatkan kepastian dan bukannya disebabkan oleh penyakit lain seperti morphoea atau scleroderma.


Gambarajah 1: Vitiligo pada kedua-dua kaki dengan sebaran secara simetri.


Gambarajah 2: Vitiligo pada lengan kanan.

Rawatan vitiligo

Penyakit ini tidak dapat sembuh sepenuhnya. Rawatan yang diberi bertujuan untuk menghasilkan semula pigmentasi dan menstabilkan proses kehilangan pigmentasi.

Rawatan boleh dibahagikan kepada:

  • Rawatan umum
  • Rawatan topikal
  • Fototerapi
  • Rawatan pembedahan

Rawatan topikal sesuai untuk pesakit vitiligo setempat, fototerapi sesuai untuk pesakit vitiligo umum dan rawatan pembedahan diberikan kepada pesakit vitiligo bersegmen.

Rawatan umum

  • Pelindung matahari disyorkan untuk melindungi kulit vitiligo daripada terbakar dan luka.
  • Menggunakan kosmetik dan pewarna kulit untuk menutupi kawasan yang terlibat bagi mengurangkan tekanan perasaan.

Rawatan topikal

    • Topikal kortikosteroid
      Rawatan ini paling berguna untuk vitiligo setempat yang baru terbentuk. Ia adalah rawatan tahap pertama untuk kanak-kanak. Kortikosteroid topikal mempunyai kadar kejayaan paling tinggi.  Selepas 3 bulan, jika rawatan tidak berkesan dapatkan rawatan lain.

 

    • Topikal tacrolimus
      Sesuai untuk pesakit yang berusia lebih muda dan bagi kawasan kulit yang sensitif seperti kelopak mata kerana rawatan tidak menyebabkan kulit menjadi nipis dan kesan negatif lain yang disebabkan oleh steroid.

 

  • Pelunturan pigmentasi
    Merupakan pelunturan kulit biasa yang tidak dapat dipulihkan. Ia hanya dipertimbangkan apabila kaedah rawatan lain tidak berkesan. 20% Monobenzylether hydroquinone digunakan pada kulit sehingga kulit luntur.

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini

Fototerapi