- Indikasi
-
Terdapat dalam bentuk kapsul dan sirap untuk melegakan batuk yang menghasilkan kahak yang pekat atau likat.
-
Cara ubat bertindak
-
Mengurangkan kelikatan kahak pada saluran pernafasan dan paru-paru, menjadikan ia lebih cair dan mudah dikeluarkan melalui batuk.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami:- Mual
- Muntah
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa Menggunakan Ubat Ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
- Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi yang anda sedang menggunakan ubat bromhexine.
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat lain pada masa yang sama.
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mendapat sebarang kesan sampingan terhadap ubat ini.
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:- Jangan kongsi ubat anda dengan orang lain, walaupun mereka mungkin menghadapi masalah kesihatan yang sama.
- Jangan ubah dos ubat anda tanpa nasihat ahli farmasi atau doktor, dan jangan melebihi dos harian.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
Sumber rujukan:
2. Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition
3. Malaysian Index of Medical Specialities 2011
4. British National Formulary Vol. 60