Membendung Penyalahgunaan Antibiotik

Mon, 01/10/2012

 

Membendung Penyalahgunaan Antibiotik

 

KUALA LUMPUR: Doktor dan ahli farmasi  menyatakan bahawa menghabiskan antibiotik yang diberi mengikut aturan merupakan kunci utama penyelesaian kepada masalah peningkatan kes rintangan kepada antibiotik

Mesej yang biasa ini akan ditekankan sepanjang kempen sebulan yang bermula pada 16 Oktober untuk memastikan antibiotik kekal efektif, menurut Persatuan Famaseutikal Malaysia (MPA) dan Persatuan Doktor-doktor  Perubatan Malaysia (MMA) semalam.

Rintangan kepada antibiotik merujuk kepada keadaan yang menyebabkan bakteria kekal hidup akibat pendedahan kepada sesuatu antibiotik.

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini menekankan bahawa rintangan kepada antibiotik secara teknikalnya merujuk kepada rintangan antimicrobial (AMR), merupakan masalah utama kesihatan awam pada abad ke-21.

Kedua-dua Persatuan (MPA & MMA) memberitahu New Straits Times semalam bahawa penggunaan antibiotik secara berhati-hati adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan daripada terjadinya rintangan seperti carbapenem-resistant Enterobacteriaceae, multi-resistant Acinetobacter dan Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA).

Ini mendorong Kementerian Kesihatan, bersama-sama dengan MMA dan MPA, untuk melancarkan kempen untuk menyelaraskan penggunaan antibiotik di kalangan pengamal perubatan dan orang awam.

Presiden MPA, Datuk Nancy Ho berkata walaupun Kementerian Kesihatan sentiasa memantau corak AMR, ianya mungkin meningkat berikutan trend global.

Ho berkata: “Penggunaan antibiotik secara berlebihan dan tidak sesuai boleh menyebabkan perkembangan rintangan kepada strain bakteria.”

Beliau menambah: “Ahli-ahli farmasi yang merupakan sebahagian daripada pasukan  kesihatan, akan menolong untuk memberikan pengetahuan kepada orang awam mengenai penggunaan antibiotik yang betul supaya kumpulan ubat yang penting ini akan terus diguna dalam merawat penyakit berjangkit.”

Ho memberitahu yang beliau percaya doktor-doktor di Malaysia telah berhati-hati dalam mempreskripsikan antibiotik tetapi kadang kalanya ditekan oleh pesakit supaya memberi antibiotik walaupun mereka hanya mendapat jangkitan viral.

“Inilah sebabnya kempen pendidikan kepada orang awam adalah penting.”

Presiden MMA, Dr S.R. Manalan menafikan yang doktor-doktor di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada antibiotik, dan bersetuju dengan Ho yang pesakit menekan mereka supaya mempreskripsikan antibiotik walaupun ianya tidak perlu.

Dr. Manalan berkata, dalam negara yang telah membangun, yang mempunyai insiden rintangan antibiotik yang tinggi, preskripsi antibiotik sentiasa dipantau dan doktor-doktor adalah tegas dan berwaspada dalam mematuhi garis panduan.

Apabila ditanya samada insiden AMR adalah meningkat di Malaysia, Dr Manalan berkata: “Ya, ini adalah benar dan ianya mempunyai banyak sebab.

“Preskripsi sendiri, membeli ubat-ubatan di kaunter dan pesakit tidak menghabiskan pengambilan ubat secara teratur adalah antara sebabnya.”

Ketua dan Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Jabatan Perubatan Kementerian Kesihatan Datuk Dr Christopher Lee mengumumkan pada hari Ahad yang kempen 16 Oktober akan melibatkan pendidikan kepada pengamal perubatan tentang kepentingan mempreskripsi antibiotik secara berhati-hati dan menganjurkan program kesedaran kepada orang awam.

Menurut WHO, infeksi yang disebabkan oleh rintangan kepada mikroorganisma selalunya gagal kepada rawatan konvensional, menyebabkan penyakit yang berpanjangan dan berisiko tinggi kearah kematian.

Lebih kurang 440,000 kes baru multidrug-resistant tuberculosis (MDR-TB) dikesan setiap tahun, menyebabkan sekurang-kurangnya 150,000 kematian.

Sementara itu, rintangan kepada generasi awal ubat anti malaria seperti chloroquine dan sulfadoxine-pyrimethamine, berlaku secara meluas di kebanyakan negara endemik malaria.