Jelajah Jom Kenal Ubat Negeri Johor Tahun 2016

Event date: 13 May 2016 to 14 May 2016
 
   
Title of event:
Jelajah Jom Kenal Ubat Negeri Johor Tahun 2016
Organizer: Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Johor

Venue:

Galleria@ Kotaraya, Johor Bahru
Representative: Orang Awam
Secretariat: Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Johor & Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru
E-mail: farmasijb@moh.gov.my
Event URL:
Remarks & Theme:
Description:

Bil

Perkara

Catatan

1

Pendahuluan/Latar Belakang

 Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Program Duta Kenali Ubat Anda (KUA) pada 12 Mei 2012 dengan tema “Kenali Ubat: Komuniti Sihat Sejahtera”. Program ini bertujuan menggalakkan wakil masyarakat yang berpengaruh menceburkan diri secara aktif dalam menyampaikan maklumat asas berkaitan ubat-ubatan. Program yang menggunakan kaedah pengaruh rakan sebaya (peer education) ini diharapkan dapat menyalurkan informasi secara lebih berkesan kepada masyarakat setempat. Pendekatan ini dilihat paling sesuai dan berkesan dalam penyampaian maklumat kepada individu sasaran dalam sesebuah masyarakat.

Jelajah Jom Kenal Ubat merupakan program tahunan yang termasuk dalam pelan tindakan Jawatankuasa (JK) Duta KUA, BPF Negeri Johor 2016. Tahun ini merupakan tahun ketiga aktiviti ini dijalankan dimana Daerah Johor Bahru telah dipilih sebagai tuan rumah. Jelajah ini akan melibatkan penyertaan Duta KUA, Komuniti Farmasi dan Pegawai Farmasi Kerajaan daripada lain-lain daerah dalam Negeri Johor. Gabungan antara Duta KUA, Komuniti Farmasi dan Pegawai Farmasi Kerajaan diharap dapat menyampaikan informasi berkaitan ubat-ubatan kepada komuniti setempat dengan lebih baik dan berkesan. Program Jelajah KUA pada tahun ini juga mensasarkan kepada penyampaian maklumat berkaitan ubat-ubatan kepada orang awam dengan memilih Galleria Kotaraya sebagai tapak program selain aktiviti kemasyarakatan lain yang bersifat mobile. Dengan ini diharapkan dapat memperkasakan orang awam dengan pengetahuan berkaitan ubat-ubatan dan secara tidak langsung berperanan sebagai agen menyampaikan pengetahuan berkaitan ubat-ubatan  kepada  rakan sebaya dan ahli keluarga. 

2

Objektif

·         Memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran ubat agar pengguna mampu membuat keputusan bijak dalam penjagaan kesihatan.

·         Menerapkan konsep pengehakupayaan (empowerment) bagi amalan pengubatan kendiri secara bertanggungjawab (responsible self medication) dalam kalangan masyarakat.

·         Menyampaikan maklumat melalui medium yang lebih santai dan mesra rakyat.

3

Aktiviti Yang dijalankan

·         Lawatan ke 130 buah rumah pesakit

·         Kempen Pemulangan Ubat

·         Majlis Perasmian

·         Edaran Risalah & Poster

·         Chair Aerobic

·         Pameran interaktif

·         Derma Darah

·         Demonstrasi Penyediaan Ubat

·         Tayangan Media Permainan & Kuiz Interaktif

·         Ceramah Keperluan Ubat Berdaftar dgn KKM

·         Ceramah Ubat & Puasa

·         Ceramah Kosmetik, Ubat Kurus dan Ubat Kuat

·         cenderahati & token

·         Pertandingan Mewarna Explorace Cabutan Bertuah

·         Sesi Bergambar dengan Maskot Kapsul