Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

CARI UBAT
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

📅
24 Oktober 2019
Indikasi

d Terdapat dalam bentuk ubat titis mata untuk memberi kelegaan berpanjangan untuk mata kering dan gatal.

Cara ubat bertindak

d Ia mengekalkan kelembapan mata dan melindungi mata dari kecederaan atau jangkitan kuman.

Kesan Sampingan

d Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.

Kesan sampingan yang mungkin dialami:

  • Mata terasa pedih.
  • Penglihatan kabur (biasanya untuk sementara sahaja).
  • Mata merah, bengkak atau sakit.
Langkah berjaga-jaga

d Semasa Menggunakan Ubat Ini:

a)    Perkara yang perlu dilakukan:

  • Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mengalami kesakitan mata, sakit kepala, mata menjadi merah/gatal/bengkak, atau masalah penglihatan selepas menggunakan ubat ini.
  • Dapatkan nasihat doktor sekiranya masalah mata anda tidak mula sembuh atau menjadi lebih teruk selepas mula menggunakan ubat salap ini.
  • Semasa penggunakan kali pertama, ubat ini mungkin menyebabkan penglihatan kabur. Pastikan anda boleh melihat dengan jelas sebelum memandu, menggunakan mesin atau melakukan kerja yang merbahaya jika anda tidak dapat melihat dengan jelas.
 

b)   Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:

  • Jangan berkongsi ubat anda dengan sesiapa.
  • Elakkan penghujung botol ubat titis mata daripada terkena mata anda atau permukaan lain.

Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.

 

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman