Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

CARI UBAT
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

📅
24 Oktober 2019
Indikasi

d Ubat ini boleh didapati di dalam bentuk tablet atau larutan untuk merawat dan mencegah pedih ulu hati dan juga merawat ulser perut, gastroesophageal reflux disease (GERD) dan penyakit yang menyebabkan perut mengeluarkan asid dengan banyak seperti sindrom Zollinger-Ellison.

Cara ubat bertindak

dUbat ini bertindak dengan mengurangkan pengeluaran asid di dalam perut.

Kesan Sampingan

d Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.

Kesan sampingan yang mungkin dialami:
  • Reaksi alahan: gatal atau kemerahan, bengkak pada muka, tangan atau bengkak dan rasa berdenyut pada mulut atau tekak, sakit dada dan kesukaran bernafas.
  • Bisul, kulit kemerah-merahan dan mengelupas.
  • Air kencing berwarna gelap dan najis berwarna pucat.
  • Degupan jantung laju dan tidak sekata.
  • Pening, muntah, hilang selera makan, sakit di bahagian atas perut.
  • Pendarahan, lebam dan lemah badan.
  • Kulit dan mata berwarna kekuningan.
Langkah berjaga-jaga

d Semasa Menggunakan Ubat Ini :

a)    Perkara yang perlu dilakukan:

  • Elakkan pengambilan kopi atau ubat aspirin berlebihan semasa mengambil ubat ini.
  • Elakkan merokok semasa mengambil ubat ini.
  • Sekiranya kesakitan perut berterusan, maklumkan kepada doktor anda.
  • Sekiranya simptom berterusan lebih dari 5 hari atau simptom sakit tersebut muncul selepas 2 minggu dari tempoh tamat mengambil ubat, maklumkan kepada doktor anda.

b)   Perkara yang tidak boleh dilakukan:

  • Jangan ambil ubat antasid dalam tempoh 1 jam sebelum atau selepas mengambil ubat ini
  • Jangan berhenti mengambil ubat atau menukar dos ubat tanpa mendapatkan nasihat dari ahli farmasi atau doktor terlebih dahulu.

Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman