- Indikasi
-
Terdapat dalam bentuk ubat salap mata untuk melegakan mata merah dan gatal disebabkan jangkitan bakteria.
-
Cara ubat bertindak
-
Ia adalah ubat antibiotik spektrum luas, yang bertindak membunuh bakteria dengan memasuki sel bakteria dan mengganggu proses sintesis protein bakteria.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami:
- Iritasi pada mata, mata merah atau bengkak.
- Mata terasa pedih.
- Masalah sel darah- jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami demam, lebam-lebam, sakit tekak, atau keletihan badan.
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa Menggunakan Ubat Ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mengalami kesakitan mata, sakit kepala, mata menjadi merah/gatal/bengkak, atau masalah penglihatan selepas menggunakan ubat ini.
- Dapatkan nasihat doktor sekiranya masalah mata anda tidak mula sembuh atau menjadi lebih teruk 2 hari selepas mula menggunakan ubat salap ini.
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:
- Jangan berkongsi ubat anda dengan sesiapa.
- Elakkan penghujung tiub ubat salap mata daripada terkena mata anda atau permukaan lain.
- Jangan pakai kanta pelekap lembut semasa menggunakan ubat ini.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
Sumber rujukan:
1. Holly Cronau, Ramana Reddy Kankala, Thomas Mauger. Diagnosis and Management of Red Eye in Primary Care
2. Micromedex Healthcare Series 2.0
3. Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition
4. Malaysian Index of Medical Specialities 2011
British National Formulary Vol. 60