WASPADA PEMBELIAN UBAT "ONLINE"

Date: 
Fri, 2015-11-20 08:40
Always on top setting
Always on top: 
Yes
Sequence for “Always on top”: 
1

KEMPEN KESEDARAN WASPADA PEMBELIAN UBAT ONLINE

Tujuan kempen ini dijalankan agar dapat memberi pendedahan kepada orang awam mengenai risiko pembelian ubat online yang mungkin tidak diketahui oleh mereka sebelum ini. 

 

Pengguna dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana iklan perubatan dan produk di Internet kerana membeli produk farmaseutikal melalui perkhidmatan Internet boleh mengundang bahaya kepada kesihatan pengguna.

Produk yang dijual melalui Internet adalah diragui kerana sebab-sebab berikut:

  • keselamatan , kualiti dan keberkesanannya kepada pengguna tidak dapat dipastikan.
  • khidmat nasihat yang lengkap mengenai penggunaan ubat-ubatan tidak diperolehi.
  • terdapat risiko pembelian produk palsu yang boleh menyebabkan kematian.
  • boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak dijangka seperti alahan yang teruk, sesak nafas secara tiba-tiba atau sesuatu keadaan yang memburukkan lagi penyakit yang dihidapi.
  • tiada kesan penyembuhan kerana mengandungi bahan aktif yang salah atau langsung tidak mengandungi bahan aktif.

 

Pastikan semak sebelum klik!