- Indikasi
-
Terdapat dalam bentuk krim atau salap untuk merawat radang atau kegatalan kulit disebabkan penyakit eczema dan psoriasis.
-
Cara ubat bertindak
-
Ubat ini adalah sejenis kortikosteroid yang bertindak mengurangkan pengeluaran bahan kimia dari kulit yang menyebabkan bengkak dan kegatalan kulit.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami:
- Kulit kering atau nipis
- Kegatalan kulit
- Hipopigmentasi
- Jangkitan kulit
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa Menggunakan Ubat Ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
- Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi yang anda sedang menggunakan ubat betamethasone.
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya masalah kulit anda tidak sembuh atau menjadi lebih teruk.
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mendapat sebarang kesan sampingan terhadap ubat ini.
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:
- Jangan sapu ubat ini pada bahagian muka, leher, atau lipatan kulit, kecuali diarahkan oleh doktor anda. Jangan berkongsi ubat ini dengan sesiapa.
- Jangan ubah dos ubat anda tanpa nasihat ahli farmasi atau doktor, dan
- jangan melebihi dos harian.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
Sumber rujukan:
- Laman web: www.patient.co.uk/medicine/Betamethasone-(topical).htm
- Micromedex Healthcare Series 2.0
- Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition
- Malaysian Index of Medical Specialities 2011
- British National Formulary Vol. 60