Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

CARI UBAT
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

📅
24 Oktober 2019

 

Indikasi

d Terdapat dalam bentuk krim atau larutan untuk merawat masalah jerawat ringan dan sederhana.

Cara ubat bertindak

d Benzoyl peroxide bertindak sebagai ubat antiseptik atau antibakteria. Ia membunuh bakteria yang menyebabkan inflamasi pada kelenjar minyak. Ia merupakan agen pengoksida yang akan mengeringkan sebum dan cecair yang terhasil di dalam rongga-rongga tersumbat pada permukaan kulit.

Kesan Sampingan

d Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.

Kesan sampingan yang mungkin dialami:

  • Kulit kering
  • Kulit menggelupas
  • Kulit terasa panas, kebas dan rasa sakit seperti mencucuk.
Langkah berjaga-jaga

d Semasa Menggunakan Ubat Ini:

a)    Perkara yang perlu dilakukan. 

  • Hanya gunakan benzoyl peroxide untuk aplikasi kegunaan luar sahaja. 
  • auhkan benzoyl peroxide dari rambut dan kain yang berwarna kerana ia akan menyebabkan kesan luntur.
  • Benzoyl peroxide bertindakbalas dengan ubat topikal vitamin C apabila digunakan bersama. Biarkan tempoh masa sekurang-kurangnya 2 jam di antara penggunaan ubat-ubat ini.

b)   Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:

Elakkan ubat ini dari memasuki ke dalam mata, hidung atau mulut. Elakkan menggunakan pembalut, kosmetik, losyen atau ubat-ubat sapuan lain di kawasan yang dirawat tanpa nasihat doktor.

 

Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.

Sumber rujukan:

  1. Micromedex Healthcare Series 2.0
  2. Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition
  3. Malaysian Index of Medical Specialities 2011
  4. British National Formulary Vol. 60.

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman