Schizophrenia

Penyakit

Title: Schizophrenia
Date: 
30 Mar 2017

Pengenalan

Schizophrenia ialah sejenis kecelaruan otak sepertimana penyakit sawan, nyanyuk dan multiple sclerosis. Ia biasanya bermula di kalangan orang baru masuk ke alam dewasa. Di seluruh dunia, ia melibatkan 1% dari keseluruhan penduduk sesuatu negara.

Tanda dan gejala

  1. Gangguan Pemikiran
    • Delusi:
      • Satu kepercayaan yang kuat tetapi palsu yang tidak dapat digugat oleh pendapat yang waras. Contohnya percaya bahawa orang lain berpakat untuk berbuat jahat kepadanya, percaya bahawa fikiran dan kelakuannya dikawal oleh makhluk luar seperti jin, hantu atau keramat, percaya bahawa ia mempunyai kuasa yang istimewa dan luar biasa.
      • Sukar untuk menumpukan, membentuk dan mengekalkan arus pemikiran. Pertuturan sukar difahami dan tidak berkaitan dengan soalan
  2. Gangguan persepsi
    • Halusinasi:
      • Persepsi yang salah. Contoh: Mendengar suara-suara ghaib bercakap kepadanya atau bercakap sesama sendiri atau membuat ulasan terhadap apa yang dilakukannya sedangkan suara itu tidak didengari oleh orang lain
  3. Gangguan tingkah laku
    • Perangai yang pelik dan sering berubah-ubah.
    • Kurang berupaya untuk melakukan aktiviti harian dengan baik. Menjauhkan diri dari berinteraksi dengan masyarakat (suka menyendiri)

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini

Komplikasi

Rawatan

Pencegahan

Pemulihan

Kumpulan Sokongan