Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

9 Jun 2019

Ular merupakan salah satu komponen ekologi di Malaysia. Terdapat pelbagai spesis ular yang wujud di Malaysia. Namun begitu, bukan semua spesis ular berbisa, terdapat ular yang tidak berbisa tetapi mampu menggigit dan membelit.  
 
Secara amnya, ular biasanya tidak agresif melainkan mereka diganggu. Sekiranya diganggu dan diusik, ular akan bertindak menyerang dengan patukan, gigitan atau semburan. Patukan, gigitan atau semburan oleh ular berbisa boleh menyebabkan bisa ular (venom) dipindahkan ke tubuh mangsa. Terdapat pelbagai jenis toksin yang terdapat dalam bisa ular bergantung kepada spesis ular tersebut. Perkara ini perlu diambil perhatian kerana langkah bantuan kecemasan berbeza berdasarkan spesis ular dan jenis toksin dalam bisa.  
 
Terdapat beberapa spesis ular yang berbisa. Contohnya adalah ular daripada spesis Elapidae, Viperidae dan Hydrophiinae. Namun, agak sukar bagi orang awam untuk mengenal pasti spesis ular dan kesan yang mungkin dialami selepas dipatuk ular. Ini kerana kaedah untuk mengenal pasti spesis ular memerlukan pemeriksaan yang rapi ke atas ciri-ciri ular tersebut oleh individu yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang ini.  
 
Patukan ular berbisa merupakan kes kecemasan dan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada mangsa. Oleh demikian, rawatan segera daripada pengamal perubatan amat diperlukan sekiranya seseorang dipatuk ular. 
 
Tanda/ Gejala 
 
Kecedaraan atau keseriusan akibat patukan ular bergantung kepada spesis dan saiz ular, jumlah racun, bahagian yang dipatuk, bilangan patukan dan saiz mangsa. Antara contoh gejala patukan ular adalah:  Kesakitan  Bengkak  Perdarahan yang berlarutan  Lemah badan  Pening  Kabur penglihatan  Lemah kelopak mata (ptosis)  Kerosakan tisu di sekitar kawasan patukan  Lumpuh sebahagian atau keseluruhan badan  Kesukaran bernafas  Tidak sedar diri  
 
Tindakan Sekiranya Dipatuk Ular 
 
Patukan ular adalah kes kecemasan yang memerlukan tindakan dan rawatan segera. Risiko kematian dapat dikurangkan sekiranya langkah-langkah awal dapat diambil oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang di sekeliling dengan segera. Beberapa langkah yang boleh diambil sekiranya seseorang dipatuk oleh ular adalah:  
 

  • Dapatkan bantuan kecemasan melalui talian 999. Hubungi anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan dengan segera sekiranya dipatuk ular.  
     
  • Mangsa perlu bertenang atau ditenangkan.  
     
  • Hadkan pergerakan anggota badan yang dipatuk. Elakkan daripada bergerak jika tiada keperluan bagi mengurangkan risiko racun merebak ke bahagian badan yang lain. Jangan potong atau hisap tempat yang dipatuk.  
     
  • Jauhkan mangsa daripada sebarang bahaya. Guna papan atau papah mangsa jika perlu dipindahkan. Sesetengah spesis ular akan mempertahankan posisi mereka dan bersedia untuk menyerang berkali-kali. Oleh demikian, amat penting untuk mangsa menjarakkan diri daripada ular tersebut bagi mengelakkan daripada dipatuk lagi. 
     
  • Basuh mata secepat mungkin jika racun ular disembur ke mata. 
     
  • Kenal pasti jenis ular yang mematuk. Penilaian sama ada patukan ular tersebut berbisa perlu dilakukan oleh ahli perubatan yang terlatih. Justeru, sekiranya ada membawa bersama-sama telefon pintar berkamera atau kamera, ambil gambar ular tersebut dari beberapa sudut jika boleh pada jarak selamat. Sekiranya tiada kamera, cuba perhati dan camkan warna ular, sifat unik tertentu (contoh: mengembangkan kepala, warna, mempunyai belang atau tompok pada badan) serta lokasi ular tersebut dijumpai. Langkah ini adalah penting untuk membantu doktor dalam pemilihan antivenom yang sesuai jika perlu.  
     
  • Tidak digalakkan untuk membunuh ular kerana ular akan menjadi agresif dan mematuk dengan lebih kerap jika cubaan membunuh dilakukan.  
     
  • Dapatkan bantuan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menangkap ular tersebut sekiranya ular masih ada atau bersembunyi di sekitar tempat kejadian.    

Rawatan 
 
Di fasiliti kesihatan, doktor akan memberikan rawatan perubatan yang bersesuaian bergantung kepada keadaan pesakit selepas pemeriksaan. Suntikan antivenom akan diberikan kepada pesakit bagi mengelak komplikasi akibat racun (toksin) yang ada di dalam bisa ular (jika perlu). Dalam keadaan tertentu, suntikan antitetanus juga perlu diberikan kepada pesakit bagi mengelakkan serangan kancing gigi.  
 
Doktor juga mungkin merawat pesakit dengan ubat-ubatan lain seperti ubat dalam penjagaan luka, ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan, ubat antibiotik jika terdapat jangkitan dan sebagainya mengikut keperluan pesakit. 
 
Patukan ular boleh membahayakan nyawa dan ia memerlukan rawatan kecemasan yang segera. Oleh demikian, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil tahu serba sedikit langkah awal yang perlu diambil sekiranya behadapan dengan situasi dipatuk ular.   

 Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre - NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum). 

 

 

 

ARTIKEL

         

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman