Program Duta Kenali Ubat Anda

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah maju setapak lagi dengan memperkenalkan Program Duta Kenali Ubat Anda yang merupakan salah satu program community empowerment. Program Duta Kenali Ubat Anda telah dilancarkan pada 11 Mei 2012, di Kota Bharu Kelantan. Program ini bertujuan menggalakkan wakil  masyarakat yang berpengaruh menceburkan diri  secara aktif dalam menyampaikan maklumat asas berkaitan ubat-ubatan. Program ini menggunakan kaedah pengaruh rakan sebaya (peer education) dalam menyalurkan informasi secara lebih berkesan kepada masyarakat setempat. Pendekatan ini dilihat amat sesuai dan berkesan dalam penyampaian maklumat kepada individu sasaran dalam sesebuah masyarakat.