Penerbitan

Title: Pilih Ubat Berdaftar
Date: 
06 Aug 2015

Apabila Ubat Terkawal berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, tiga aspek penting yang diutamakan adalah keselamatan, kualiti dan keberkesanan ubat tersebut. Pelbagai kajian dan ujian makmal dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan ubat yang dijual di pasaran adalah yang terbaik untuk pesakit.

Kita sebagai pengguna juga harus memainkan peranan untuk memastikan kita memperoleh hanya yang terbaik untuk kesihatan diri. Bagaimana caranya? Senang saja, hanya pilih ubat yang berdaftar, iaitu yang mempunyai nombor pendaftaran dan hologram Meditag yang tulen. Yakin selamat dengan ubat berdaftar!