Penerbitan

Title: Pembelian ubat secara atas talian
Date: 
19 Apr 2017

Tahukah anda bahawa tidak semua ubat boleh dijual beli secara atas talian? Anda sebagai pengguna ubat perlu sentiasa berwaspada dengan iklan ubat terutamanya di media sosial. Pastikan anda tahu jenis ubat yang ingin diperoleh dan yang paling penting, pastikan ubat tersebut berdaftar dengan KKM.

Sebaik-baiknya, belilah ubat di kedai farmasi yang berhampiran. Sambil ke kedai farmasi, boleh juga dapatkan nasihat daripada ahli farmasi yang sedang bertugas.