Penerbitan

Title: Klasifikasi Ubat
Date: 
08 Jun 2015

Ada ubat yang hanya diperoleh di hospital, ada pula yang boleh dibeli di kedai runcit. Boleh ke kita beli ubat di kedai biasa?

Sebenarnya ubat boleh diklasifikasi kepada dua kategori utama. Kalau ubat am seperti ubat demam atau suplemen kesihatan, kita boleh beli di mana-mana kedai sebab tak perlukan preskripsi doktor. Kalau Ubat Terkawal pula, ada yang perlu preskripsi, ada yang tidak memerlukan preskripsi. Jika kurang pasti ubat anda termasuk dalam kategori yang mana satu, bertanya saja pada doktor atau ahli farmasi, mereka sedia membantu