Penerbitan

Title: Elakkan Berkongsi Ubat
Date: 
30 Jun 2015

Apabila seseorang individu sakit, ubat yang spesifik diberikan oleh doktor selepas mengambil kira sekiranya pesakit itu mempunyai alahan, mengalami penyakit lain, sedang mengambil ubat-ubatan lain, sedang hamil, menyusukan bayi dan sebagainya.

Ketahuilah bahawa keperluan ubat adalah berbeza bagi setiap pesakit. Ubat yang berkesan untuk orang lain mungkin tidak sesuai untuk anda. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sekiranya kurang pasti dengan ubat yang diambil.